my family.....luv u all...

Ya Allah ya tuhanku...lindungilah diriku dan keluargaku dari anasir-anasir jahat....amin..!!





10 November 2011

November Rain

salam..

lama betul tak update blog...huhu...

hari ni birthday abang yang ke 35 tahun...

selamat hari lahir sayang...semoga kebahagian menjadi milikmu dunia dan akhirat...amin

9 november, kelmarin...besday anak kedua sy...farisha yg ke 11 tahun...20 hb ni pulak besday

rizza farris yg ke 13 tahun....

moga anak2ku menjadi anak2 yg soleh dan solehan....bahagia dunia dan akhirat...amin..

30 September 2011

~ hidup cara sihat ~

Assalamualaikum..




lama tak update blog...huhu, sebenarnya rindu jugak nak update tp sibuk dan jugak tidak mendapat restu dari suami..



ok...sy nak share a few things yg saya rasa best bila saya buat..



bangun pagi beriadah sebelum mandi....20-30minit

pagi breakfast dengan roti dan semua healthy food

lunch- nasi atau sup dengan kuantiti yang sikit



aerobics dalam 20-30 minits...

dinner at 7pm...dengan kadar yang sikit..

b4 bedtime...a cup of milk....

cara hidup mcm ni sy amalkan dalam 3 minggu..nampak kesan yg best..tidur rasa puas...

bangun pg rasa sihat....


total lost 2kgs...good enuf kan? hehe

03 August 2011

~ more coming ~

will update soon.... ^__^

~ cuci sawang ~

assalamualaikum...


amboi lamanya tak update ini blog..udah sawang lah...


kemalasan melanda tu yg jadi tak update tu...gambar bukan main banyak lagi ambik...tp asal nak buka blog..jadi mcm malas...errkkk...


sempena hari baik bulan baik ni....sy nak ucapkan selamat berpuasa buat semua yang beragama islam...moga kita lebih menjadi mukmin yang sejati, insyaAllah...

10 May 2011

~ sambil menyelam minum air ~

assalamualaikum..

petang ni sy dan team member akan berangkat ke kedah....sbb kami semua perempuan..adalah lebih afdal kami naik flight aja...eheh...kalau tny sy suka staff lelaki ke perempuan....jawapan sy sudah tentu sy suka staff perempuan...serius...staff perempuan lagi senang dari lagi satu tu..eheh

ok, berbalik kerja luar ni....malam ni kami stay holiday villa...mebe sampai khamis...dah plan dgn team nak ke perlis hari rabu petang..nak p melawat ladang mempelam harum manis di bukit bintang(bkn kat KL tu tau...)..kat batu pahat (bkn jgk kat johor..) tapi kat perlis..eheh..pastu nak bawa derang p makan laksa kat kuala perlis...ikan bakar kat linda ikan bakar....yg best....blh jumpa Hubby....ehehe..alang dah p sana kan....eheh

ptg khamis kami berangkat ke p.langkawi...tujuan utama sbb ke pulau payar..
sy tak pernah sampai pulau payar ni tau walau dulu boleh kata selalu p langkawi...best jgk kan..

kami akan stay kat pulau payar...kat situ takde hotel...jadi kami akan menginap di rumah guest milik jabatan di situ...best jgk kan..sambil kerja..blh jugak menenangkan fikiran tgk keindahan pulau....^___^..


malam last baru kami akan stay kat kuah sbb flight esoknya ke KL dari langkawi...bila lagi nak borong coklat . payah ler nak naik feri ke kedah plak..baik naik flight dari langkawi terus..eheh...saya akan stay extra satu hari sbb nak jenjalan ngan hby di sana....bila lagi kan.. :-).

ok lah...jumpa lagi....^_^

04 May 2011

~ macam-macam ada ~ ngeee..!!

assalamualaikum.....


lamaaaa sgt tak update blog....benarnya sy sgt2 sibuk....pastu dilanda tiada mood yg kronik...haha...byk gmbar ambik tapi bila nak citer..malasss sgt nak klik2 gambar....hihi..



ni pic terbaru anak2 sy...citer pun tonggang terbalik..hentam saja la ek...



mira n aqief...dah mcm budak besar aqief ni....apa yg dia buat tu?

ni masa kat padang sekolah..masa mai tgk rizza...

rizza faris...






peace..!!

sambutan ringkas2 je kat sekolah padang sekolah...sbb nak bawak keluar rizza tak boleh...huhu

abah with her 2 doter....!!


aqief b4 rambut dipotong...

rizza with kakak angkat dia...suka tgk budak ni...sungguh sopan santun..cantik pulak tu...



rizza with adik2..sayang aqief lena masa ni....

otw ke Cameron Highlands...huhu..entry sesaja...malas nak citer pasal ni...letih tak abis lagi sbb 'jem' kat CH buat daku kepeningan sampai hari ni..sian hubby lagi la letih....lenkali kalau rajin sy citer...ehe

aqief dgn rambut baru

ni jelas sikit..tp gelab la plak ...payah sungguh nak ambik anak sorang ni...

tu je la kot buat petang ni...eheh



sori la...mood takde..tp masih juga nak update...byk jgk tu....hehe..


till then... jumpa lagi....^__^


21 April 2011

~bUsY~


tiba2 rasa nak ambik cuti tanpa gaji..eheh...

05 April 2011

mata, besday, banjir dan balik kampung

assalamualaikum..

5 April 2011..hari ni birthday Nur Aireen Amira yang ke 4....selamat hari lahir sayang...moga Allah panjangkan dan memberkati umurmu nak...Moga menjadi anak yang soleh...mama dan abah sentiasa mendoakan Mira mendapat kebahgiaan dunia dan jgk akhirat....


Saya kat kampung sekarang ni, tak plan pun benarnya...pagi ahad tu masa duk makan kat kedai mamak di presint 9, sy terperasankan mata mira..eh..ada apa...ingat kot ada benda dalam mata dia....ya Allah...terkejutnya saya...tengok2 ada mcm selaput dari dalam keluar....actually dalam last month..mata dia bengkak...agaknya benda dalam tu dah mengecut...so, dah jadi mcm sel mati...tu yg mcm melebeh ke bawah...hby terus call maid packing barang..la la tu jgk kita orang balik rumah, siap2..balik ke perlis..


ingatkan saya nak berubat di putrajaya ja...tp, hby kata dia susah cuti...jd, biarla saya yg cuti dan buat kat sini....sbb kat sini dah tahu mana nak p...pakar mana..dan nak minta tolong mak, saudara mara pun ramai kat sini...


kelmarin dah p jumpa pakar mata....try 3 hari kalau tak jatuh jgk sel mati tu....mungkin kena admit lah kat KMC...sian sgt kat dia...dah la hari ni besday dia....apa pun...mama sentiasa doakan amira..doakan kesejahteraan amira....


petang ni nak sambut besday dia dgn abang long dia kat asrama...semalam dah p jumpa...kata rizza boleh jumpa kat dpn pondok pengawal kejab...ok lah..tepi padang sekolah tu ada tempat duduk,...nak bawa rizza keluar mesti tak boleh..melampau la kan utk sambut besday adik nak bawa keluar....eheh.


takpe lah...sambut simple2 dulu kat situ...yg penting ada kek...(mira tu je yg dia seronok....nak tiup lilin...)


kebetulan balik sini pun bagus jgk la...rumah kat sini kan masuk air..lega la hby sbb kami balik...mmg letih tapi bila tgk dah cantik...alhamdullillah..kalau tak, mcm mana la hby nak basuh sorang...nak menyimpan kain baju lagi....mesti tak terbuat...


ok la semua....gambar takde, nak transfer pun tak leh....ingat nak letak latest pic mira n aqief...pastu gambar kitaorang men'dobi' rumah....oooo..letih ya amat...ingat senang nak membasuh lumpur dalam rumah....pagi ni nak mendobi kat luar rmh pulak.....hby kena bayar lebih ni....import tukang cuci dari putrajaya....hahah..apa pun, t,kasih byk2 pada bibik yg betul2 menyenangkan kehidupan saya....:-)


ok lah..jumpa lagi...nak join bibik mengemas kat laman....then nak p market...nak masak utk lunch...hby for sure balik lunch....pastu nak masak utk petang ni nak bawa kat rizza farris...(semalam p tgk dia kat kelas prep...pakai baju melayu putih dgn pants hitam...dah besar dah anak teruna aku ni....dia mai, salam...pastu cium pipi mama dia...hehe..nasib baik dia masih mcm dulu..ingat kot dia dah segan nak mai sayang pp...ye la..dah jadi anak teruna...)


bye:


jumpa lagi ^-^

26 March 2011

kelebihan membaca al Quran



Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.


credit to cahayamukmin.blogspot.com

24 March 2011

~last holiday~

Assalamualaikum..

lama tak mengemaskini blog.....huhu..sy dan family sihat...alhamdullillah..suami masih di perlis...tp tu bukan penyebab sy kekurangan kasih dan sayangnya..alhamdullillah..makin hari makin cinta...almaklumla...seminggu sekali jumpa....muahaha...!!.


benarnya sy sibuk sgt2 di ofis...nak mengarang kena ada mood jgk..kalau laporan penuh atas meja....mood pun takde tau....sekadar baca blog kwn..tgk status fb seminit dua..boleh la....


sy bukan nak citer panjang pasal kesibukan di ofis..nak citer pasal movie semalam...tp bukan hari ni...esok free insyaAllah sy cerita....tp sesiapa yg tgk citer semlam...boleh la join sy esok kan...filem tajuk 'last holiday'..pelakon sy tak kenal sgt..menarik sgt citer tu...n boleh la kita pikir-pikirkan brsama..


ok la...esok ya...

insyaAllah...


bye :-)


oppssss..kejab....


.


.


.


.


tuan blog ..ehe

ps: sudah sedikit selesa dgn tudung shawl...hehe..boleh la..lilit lebih kurang....notis tak my skin?...haha..ada rahsia...esok2 sy citer jgk ye....

10 March 2011

~ school holiday ~



school holiday kali ni, kami pilih utk ke sini.......



^_^

blog update




tak sabar tunggu cuti sekolah kali ni.....missing u very much...!!!..
pic above: Rizza Farris @ 6months

07 March 2011

~ akhirnya ~

Assalamualaikum.....


apa khabar semua pembaca blog sya hari ni?..harap semua sihat2 ler hendaknya....amin....aiseh..mcm tulis surat pulak...hihi.

ok ler...akhirnya setelah di peram begitu lama dalam almari...akhirnya....ku keluarkan jgk..lama dah duk peram...rasanya dari b4 raya tahun lepas hby beli...sori ler dear...tak sempat la....eheh... ok la...sekarang ni saya dan family jugak maid saya ada aktiviti petang untuk menghilangkan segala lemak dan menuju ke arah gaya hidup sihat...ehe...jom tgk....

ni ler kasut saya tu....putih bersih lagi...eheh

atlit muda....

gaya mau ada....




ni sape yg pulun ni.....mamanya dah kepenatan....hehe..yg join tu jugak anak kwn baik saya kat presint 11 ni....


our coach..ehehe

penat sgt kot...abis air yg kami bawak...


mira with ayim.... so sweet anak dia.....


my dear mira....



kat track lari...saya dapat abiskan 2 round tau...haha..bangga betul....okey la utk starter mcm saya ni.... ehe


ok...dah nak balik...tu yg baju kuning maid kwn saya.. penat oooo time ni.....tp rasa sgt segar.....


.
.
.
.
.
.
.
.

jom tgk pulak produk yg saya guna....rasa kalau guna betul2...kuruih dah ni...eheh




ni my feveret....madu lebah tualang....

okey la..jumpa lagi esok....nak balik p riadah dah ni...eheh


bye :-)



















01 March 2011

~ khabar dari Perlis ~

assalamualaikum....
ngantuk ya amat hari ni...rasa sengal je...rasanya sbb minum 2b model..dah minum baru perasan minum after sarapan n lunch...daku p minum malam..apa lagi...payah la nak tidur...
...lunch time ni duk mengadap pc....nak lena tak leh pulak..so, upade blog je la...eheh...jom tgk apa ada dalam blog hari ni....


masak ayam tanjung + sambal daging utk lunch rizza...berselera sungguh dia makan..licin....
(nostalgia utk hby time ni...tempat yang sama ayah dia p jengguk dia dulu..skrg dia pulak p tgk anak dia...)
skrg bukan musim harum manis...ni mempelam chukanan + tong dam..boleh la...

yg ni namanya nang dok mai ..nang dok p takde lagi...eheh..
jumaat...preparing nasi ayam utk rizza.....feveret dia ni....



resepi?...mcm buat nasi ayam...cuma sy perap ayam dgn bwg merah, putih, halia, gula, garam sikit dan juga madu lebah.....yg lelain mcm biasa....rizza suka sgt nasi ayam...seronok dapat buat utk dia....masak sampai dua periuk...mertua datang lunch sekali...pastu bagi jiran jugak...
ok lah...jom solat...nak start kerja dah...
jumpa lagi....
bye :-)






28 February 2011

anak2 caeser cengini ke?..

assalamualaikum....

salam hari isnin..pastinya monday blues....ehe...sedang menyiapkan kerja2 yg berlambak di ofis....maklumla seminggu tak masuk ofis....so...lunch ni dah jem....nak relax2 sambil update blog...ehe

godek2 dalam pc..ada pic budak2 aktif ni.....oh ye...ni ler anak dara kecik aku...kesian, jadi mangsa ketidakpandaian mamanya memotong rambut....hby kata kesian mira...okey la bang..dari dah masuk mata...lagi la kesian....


anak dua org ni kalau mamanya kat rumah..adei la...punya la aktif....aktiviti memanjat la paling best....tengok....!!




my sweet darling aqief...!!

jumpa lagi di lain n3....bye... :-)

17 February 2011

~ cuti-cuti...jalan2....makan2....~

~

assalamualaikum wbt...

baru sempat transfer pic ke pc semalam....byk sgt la pulak pic nya...so, sy cuma pilih yg rambang je...n setelah ditapis..ini saja la yg dapat sy share kat blog ni... :-D

selasa kelmarin kan cuti sempena maulidur rasul....sy pun ambik kesempatan la bwk anak2 jenjalan ke alamanda...without maid tau..!! haha...nak tgk boleh ke saya handle tnp bantuan....alhamdullillah...ok je....n nasib baik la aqief dengar kata hari tu....


lepas ronda2...kami masuk carrefour beli barang dapur....pastu, p makan2 kat A&W...mira aja la yg duk tak diam...sat turun kerusi sat sat p basuh tangan...aqief ok..menten je....lepas makan2...singgah kedai majalah..beli majalah 2 3 buah....aqief dah bunyi2...ooo..kena standby balik dah ni...lepas bayar parking...terus balik rumah...


senyum sikit sayang....adeh...susah benar nak ambik pic anak2 ni.....


anak2 kalut suruh sy buat kek....so...petang tu kami minum petang ngan kek pelangi...nasib baik jadi sbb selalu me kukus....kali ni saja teringin nak bakar...okey la....resepi pun ingat2 lupa...ehe


oh ye...masa cuti raya cina baru ni...sy kan balik kg kat perlis....best la, sbb masa tu angin timur...damai je rasa...kebetulan rumah saya berhadapan dengan bukit...so suasana memang aman damai.....tp, anak2 ni la....tak leh duk diam...ada je aktiviti derang.....yg paling best...main air depan rumah la.....

amboi bestnya kau nak.....ingat air free ke....nasib air kat perlis ni murah...eheh..

dua beradik ni kalau aktiviti gini...memang cukup kerjasama....


ni rupa mcm ada abang long dia kecik2 dulu.....

ni pulak anak sulung sy yg kat asrama nu....adeh....rindunya kat dia....rasa ralat gak bagi dia masuk asrama...tp...utk masa depan dia...terpaksa mak dia relakan....moga anak2ku berjaya dunia akhirat amin....


ni masa pendaftaran hari tu....dalam bilik n atas katil dia...bertungkus lumus abah n mama kemaskan barang2 dia.....

tak lupa jugak pic kedai makan yg saya selalu jenggah bila balik kg....best makan kat sini....bersih dan selesa..kedai betul2 kat bendang.....sesapa turun ke perlis....mesti cuba tau kat kedai ni.....

ni pun kat kedai feveret saya...sawadee....

ni masa kat kuala perlis....tmpat baru...

kat sini....mesti cuba kalau p kuala perlis tau....!!.. diet masa balik kg??...eheh....kalau balik kg....harusla diet ke mana..huhu...

ok la.....jumpa lagi di lain entry....

bye...:-)


~