my family.....luv u all...

Ya Allah ya tuhanku...lindungilah diriku dan keluargaku dari anasir-anasir jahat....amin..!!





26 March 2011

kelebihan membaca al Quran



Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.


credit to cahayamukmin.blogspot.com

24 March 2011

~last holiday~

Assalamualaikum..

lama tak mengemaskini blog.....huhu..sy dan family sihat...alhamdullillah..suami masih di perlis...tp tu bukan penyebab sy kekurangan kasih dan sayangnya..alhamdullillah..makin hari makin cinta...almaklumla...seminggu sekali jumpa....muahaha...!!.


benarnya sy sibuk sgt2 di ofis...nak mengarang kena ada mood jgk..kalau laporan penuh atas meja....mood pun takde tau....sekadar baca blog kwn..tgk status fb seminit dua..boleh la....


sy bukan nak citer panjang pasal kesibukan di ofis..nak citer pasal movie semalam...tp bukan hari ni...esok free insyaAllah sy cerita....tp sesiapa yg tgk citer semlam...boleh la join sy esok kan...filem tajuk 'last holiday'..pelakon sy tak kenal sgt..menarik sgt citer tu...n boleh la kita pikir-pikirkan brsama..


ok la...esok ya...

insyaAllah...


bye :-)


oppssss..kejab....


.


.


.


.


tuan blog ..ehe

ps: sudah sedikit selesa dgn tudung shawl...hehe..boleh la..lilit lebih kurang....notis tak my skin?...haha..ada rahsia...esok2 sy citer jgk ye....

10 March 2011

~ school holiday ~



school holiday kali ni, kami pilih utk ke sini.......



^_^

blog update




tak sabar tunggu cuti sekolah kali ni.....missing u very much...!!!..
pic above: Rizza Farris @ 6months

07 March 2011

~ akhirnya ~

Assalamualaikum.....


apa khabar semua pembaca blog sya hari ni?..harap semua sihat2 ler hendaknya....amin....aiseh..mcm tulis surat pulak...hihi.

ok ler...akhirnya setelah di peram begitu lama dalam almari...akhirnya....ku keluarkan jgk..lama dah duk peram...rasanya dari b4 raya tahun lepas hby beli...sori ler dear...tak sempat la....eheh... ok la...sekarang ni saya dan family jugak maid saya ada aktiviti petang untuk menghilangkan segala lemak dan menuju ke arah gaya hidup sihat...ehe...jom tgk....

ni ler kasut saya tu....putih bersih lagi...eheh

atlit muda....

gaya mau ada....




ni sape yg pulun ni.....mamanya dah kepenatan....hehe..yg join tu jugak anak kwn baik saya kat presint 11 ni....


our coach..ehehe

penat sgt kot...abis air yg kami bawak...


mira with ayim.... so sweet anak dia.....


my dear mira....



kat track lari...saya dapat abiskan 2 round tau...haha..bangga betul....okey la utk starter mcm saya ni.... ehe


ok...dah nak balik...tu yg baju kuning maid kwn saya.. penat oooo time ni.....tp rasa sgt segar.....


.
.
.
.
.
.
.
.

jom tgk pulak produk yg saya guna....rasa kalau guna betul2...kuruih dah ni...eheh




ni my feveret....madu lebah tualang....

okey la..jumpa lagi esok....nak balik p riadah dah ni...eheh


bye :-)



















01 March 2011

~ khabar dari Perlis ~

assalamualaikum....
ngantuk ya amat hari ni...rasa sengal je...rasanya sbb minum 2b model..dah minum baru perasan minum after sarapan n lunch...daku p minum malam..apa lagi...payah la nak tidur...
...lunch time ni duk mengadap pc....nak lena tak leh pulak..so, upade blog je la...eheh...jom tgk apa ada dalam blog hari ni....


masak ayam tanjung + sambal daging utk lunch rizza...berselera sungguh dia makan..licin....
(nostalgia utk hby time ni...tempat yang sama ayah dia p jengguk dia dulu..skrg dia pulak p tgk anak dia...)
skrg bukan musim harum manis...ni mempelam chukanan + tong dam..boleh la...

yg ni namanya nang dok mai ..nang dok p takde lagi...eheh..
jumaat...preparing nasi ayam utk rizza.....feveret dia ni....



resepi?...mcm buat nasi ayam...cuma sy perap ayam dgn bwg merah, putih, halia, gula, garam sikit dan juga madu lebah.....yg lelain mcm biasa....rizza suka sgt nasi ayam...seronok dapat buat utk dia....masak sampai dua periuk...mertua datang lunch sekali...pastu bagi jiran jugak...
ok lah...jom solat...nak start kerja dah...
jumpa lagi....
bye :-)